mUZIK HIT TERKINI
Sukacita dimaklumkan bahawa Lembaga Penduduk Dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) telah menyediakan Perkhidmatan Kaunseling secara dalam talian. Tuan/Puan boleh mendapatkan Perkhidmatan Tele-Kaunseling dan E-Kaunseling melalui Tol Free Helpline FamilyCare@LPPKN di talian 1-800-82-0300 untuk bercakap terus dengan Kaunselor Profesional LPPKN (Kaunselor Berdaftar) sekiranya anda mengalami isu-isu berkaitan Keluarga, Pasangan dan Perkahwinan. Waktu Operasi Ahad-Jumaat.
Anda minat membaca? Kini anda boleh membaca di mana-mana sahaja. Perpustakaan Negara Malaysia menawarkan perkhidmatan perpustakaaan digital www.u-pustaka.gov.my. Pendaftaran percuma. Pelbagai sumber elektronik seperti e-buku, e-jurnal, e-majalah, e-suratkhabar dan portal e-pembelajaran boleh didapati di bawah portal u-Pustaka. Maklumat lanjut, layari www.pnm.gov.my dan media sosial Perpustakaan Negara Malaysia.
Bahagian Pemasaran Industri Makanan, FAMA mempelawa usahawan yang berminat untuk menyertai gerai jualan MAHA 2022 dengan mengisi borang penyertaan seperti berikut: Pautan : https://fama.page.link/borangcastleoffruit Tarikh Tutup Penyertaan : 20 Jun 2022 Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi pihak urusetia melalui talian 0361262020 (4365)