← Back to list
Kerajaan Sedia Hadapi Monsun Timur Laut
Nov 14, 2025
Kerajaan Sedia Hadapi Monsun Timur Laut
Semua agensi bersiap sedia untuk hadapi monsun timur laut yang bermula semalam.
Jurucakap kerajaan, Datuk Fahmi Fadzil berkata persediaan jentera kerajaan telah digerakkan sepenuhnya, termasuk bagi menghadapi fenomena La Nina.
Tambah beliau setakat ini, JPS mengenal pasti lebih 3,600 kawasan banjir yang jadi tumpuan utama bagi tindakan serta pemantauan.
Sementara itu, MetMalaysia jangkakan Kelantan, Terengganu dan Pahang jadi negeri terawal alami hujan lebat berterusan ekoran Monsun Timur Laut.
PRN Sabah : Jangan cetuskan provokasi
Parti politik yang bertanding pada PRN Sabah dan penyokong diingatkan agar memastikan ketenteraman awam terpelihara semasa proses penamaan calon esok.
Menurut SPR semua pihak perlu elak provokasi dan berikan kerjasama penuh kepada petugas pilihan raya serta pihak keselamatan supaya proses penamaan calon berjalan lancar.
Dalam perkembangan lain, kerajaan Persekutuan akan mulakan rundingan pertama dengan Kerajaan Sabah berhubung hak tuntutan 40 peratus hasil negeri berkenaan, Isnin depan.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca