← Back to list
Piala Malaysia : JDT Dijangka Berdepan Laluan Mudah
Nov 12, 2024
JDT Dijangka Berdepan Laluan Mudah
Juara bertahan, JDT dijangka berdepan laluan mudah dalam saingan Piala Malaysia yang dijadual bermula bulan ini.
Skuad Harimau Selatan diundi berdepan wakil Liga A1, KL Rovers pada pusingan 16 terbaik yang akan berlangsung secara timbal balik.
Finalis Piala Malaysia musim lalu, Terengganu pula bakal menentang Melaka.
Antara perlawanan menarik termasuk Selangor lawan Sri Pahang, Sabah menentang wakil Liga A1, PT Athletic FC dan KL City diundi berdepan Kedah Darul Aman.
Untuk rekod, kejohanan ini melibatkan 13 pasukan dari Liga Super yang layak secara automatik dan 3 pasukan teratas dari Liga A1.
Romel Morales terlepas aksi berdepan Laos dan India
Romel Morales jadi pemain terbaru yang digugurkan daripada skuad kebangsaan untuk aksi persahabatan antarabangsa berdepan Laos dan India.
Jelas pengendali skuad kebangsaan, Pau Marti Vicente, penyerang itu alami kecederaan ketika bantu JDT benam Perak 5-0 pada aksi Liga Super kelmarin.
Tempat Morales akan diganti oleh pemain muda dari kelab Chonburi FC, Fergus Tierney.
Terdahulu, Natxo Insa dan Mukhairi Ajmal juga diumum terlepas aksi persahabatan antarabangsa itu akibat kecederaan.
Malaysia akan menentang Laos pada Khamis ini dan berdepan India, Isnin depan.
Van Nistelrooy tinggalkan Manchester United
Ruud Van Nistelrooy sah tinggalkan Manchester United.
Ini ekoran dia tidak mendapat tempat dalam barisan kejurulatihan pengurus baru United, Ruben Amorim.
Nistelrooy sertai United sebagai penolong jurulatih Julai lalu dan dinamakan sebagai pengurus interim selepas Erik ten Hag dipecat.
United harungi 4 perlawanan di bawah kendaliannya dengan keputusan 3 menang dan 1 seri.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Hari Minggu
7 pagi, 7.30 pagi, 8 pagi, 8.30 pagi, 9 pagi, 5 petang, 6 petang
Hujung Minggu
8 pagi, 9 pagi, 10 pagi