← Back to list
Masters Jepun: Lee Zii Jia teruskan cabaran di suku akhir!
Nov 14, 2024
Lee Zii Jia tempah tiket ke suku akhir badminton Masters Jepun!
Jaguh perseorangan negara itu mara selepas tewaskan wakil Chinese Taipei dalam pertarungan tiga set.
Turut mara, seorang lagi pemain perseorangan, Leong Jun Hao dan beregu campuran, Goh Soon Huat-Shevon Lai.
Namun nasib tidak menyebelahi beregu lelaki, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, Goh Sze Fei-Nur Izzudin dan Man Wei Chong-Tee Kai Wun apabila kandas pada pusingan kedua.
__
Aksi STL berkesudahan, Selangor Pistons catat kemenangan kedua berturut-turut selepas tundukkan India Fighters 2-0.
Manakala Negeri Sembilan tewaskan MGPC Singapore juga 2-0!
Sementara itu, KL Thunder bakal berdepan Garuda Sepaktakraw Indonesia dan Perak Bison bertemu Royal Thai Airforce hari ini.
Saksikan perlawanan itu secara langsung di Astro saluran 801 bermula 8 malam ini!
__
Dan, Pau Marti Vicente tuntut anak buahnya buru kemenangan pada aksi persahabatan berdepan Laos, malam ini.
Pengendali kebangsaan itu berkata skuad Harimau Malaya bakal turun dengan misi menebus kekalahan mereka ketika tewas di tangan New Zealand, bulan lalu.
Saksikan Malaysia lawan Laos secara langsung di Astro saluran 122 bermula 8:15 malam ini!
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Hari Minggu
7 pagi, 7.30 pagi, 8 pagi, 8.30 pagi, 9 pagi, 5 petang, 6 petang
Hujung Minggu
8 pagi, 9 pagi, 10 pagi