← Back to list
Dion Cools tekad bantu Malaysia benam India
Nov 18, 2024
Kapten pasukan Harimau Malaya, Dion Cools tekad pamer aksi cemerlang pada perlawanan persahabatan antarabangsa berdepan tuan rumah India, malam ini.
Pemain itu berkata dia mahu ulang kembali kemenangan 4-2 Malaysia ke atas India pada Pestabola Merdeka tahun lalu.
Dalam pada itu, Malaysia bakal turun tanpa tiga tonggak utama iaitu Arif Aiman, Matthew Davies dan Feroz Baharudin.
Ia susulan mereka dilepaskan pulang ke tanah air berikutan permohonan daripada kelab mereka, JDT.
Saksikan Malaysia lawan India secara langsung di Astro saluran 122 bermula 9:30 malam ini!
__
Pengendali KL Rovers nafi spekulasi mengatakan pemainnya mahu menarik diri daripada aksi pusingan 16 terbaik Piala Malaysia berdepan JDT.
Wan Mustafa Wan Ismail berkata aksi itu tetap akan berlangsung seperti dijadualkan, Rabu ini.
__
SI, KLFA maklumkan venue perlawanan antara KL Rovers dan JDT yang sepatutnya berlangsung di Stadium Bolasepak KL kini ditukar ke Stadium Sultan Ibrahim Johor.
Ia susulan faktor kewangan menjadi kekangan buat KL Rovers menganjurkan perlawanan pertama peringkat 16 terbaik di laman sendiri.
__
Dan, Selangor peruntukkan sebanyak RM1 juta bagi mengembangkan sukan pickleball selain berhasrat untuk anjurkannya pada SUKMA 2026.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Hari Minggu
7 pagi, 7.30 pagi, 8 pagi, 8.30 pagi, 9 pagi, 5 petang, 6 petang
Hujung Minggu
8 pagi, 9 pagi, 10 pagi