← Back to list
KBS berhasrat fokus pembangunan kemudahan sukan permotoran
Nov 04, 2024
Kementerian Belia dan Sukan sedia pertimbang dan menyokong mana-mana pihak yang berminat menganjurkan sebarang aktiviti sukan permotoran.
Timbalan Menterinya, Adam Adli berkata walaupun KBS tidak mempunyai dana khusus untuk sukan berkenaan namun ia mempunyai dana sedia ada yang telah diperuntukkan oleh kerajaan.
Tambah beliau, bagi tahun 2023 sahaja, kerajaan telah meluluskan dana sebanyak RM7.4 juta.
__
Pengendali JDT, Hector Bidoglio tuntut anak buahnya pamer aksi terbaik menjelang pertembungan keempat Kumpulan A Liga Juara-Juara Elit berdepan Ulsan, esok.
Skuad Harimau Selatan itu memiliki rekod baik ke atas pasukan dari Korea Selatan itu menerusi tiga kali kemenangan dan satu kekalahan pada saingan ACL 2022 dan 2023.
Untuk rekod, JDT kini berada di kedudukan kelima dalam Kumpulan A ACLE Zon Timur manakala Ulsan pula di kedudukan tercorot selepas tiga perlawanan.
__
Pemain skuad kebangsaan, Akhyar Rashid sah bertunang dengan pelakon, Eyka Farhana.
__
Gandingan Nur Dhabitah Sabri dan Ong Ker Ying rangkul emas pada aksi final acara 3 meter papan anjal seirama wanita di Terbuka Malaysia 2024.
__
Dan Arsenal sahkan perletakan jawatan pengarah pasukannya, Edu berkuat kuasa serta merta.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Hari Minggu
7 pagi, 7.30 pagi, 8 pagi, 8.30 pagi, 9 pagi, 5 petang, 6 petang
Hujung Minggu
8 pagi, 9 pagi, 10 pagi