mUZIK HIT TERKINI
Ada yang rindu nak pergi tengok konsert besar lepas 2 tahun bergelut dengan Covid. Tahun ni kita kasi up level kaw-kaw gais. ERA nak ajak korang join TouERA yang akan di adakan pada bulan Ogos ini. Bukan 1 gais, tapi ada 4 lokasi untuk konsert TouERA ni yang menampilkan selebriti kegemaran korang seperti Syamel, Amsyar Leee, Amir Masdi, Andi Bernadee, Alif Satar & The Locos, Hael Husaini, DeFam dan ramai lagi A-list! Details untuk tarikh dan lokasi Konsert TouERA akan kitaorang update di media sosial ERA! Nak hangout dengan personaliti ERA atau selebriti favorite korang? Inilah masanya guys korang join sebahagian dari team ERA sebab kos pengangkutan, penginapan , dan makanan semua kitaorang tanggung untuk korang ikut kami ke Konsert TouERA. Kita naik bas dan jalan sama-sama bestieee. Caranya korang kena isikan maklumat diri di bawah ini dan sertakan slogan yang paling kreatif. Jangan lupa pilih lokasi Konsert TouERA yang korang nak follow tu. 😀