Seorang pelajar yang mendapat keputusan cemerlang Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) 2019 baru-baru ini telah menerima hadiah yang sangat istimewa, iaitu sejambak bunga wang kertas bernilai RM10 ribu.
Muhammad Danish Haziq telah mendapat keputusan 5A 1B dan telah menerima hadiah istimewa itu daripada kedua ibu bapanya, Nor Ashikin dan Ihsan Fahmi, yang juga merupakan pengusaha sebuah kafe.
Menurut kedua ibu bapa ini, anaknya itu bukan sahaja cemerlang dalam kelas, malah aktif dalam sukan bola sepak dan bola baling.
Sebelum ini, anak ketiga pasangan ini meminta iPhone terbaru sebagai hadiah, namun mereka tidak menuruti permintaan itu kerana tidak mahu anaknya menjadi lalai, lalu memberinya hadiah berupa wang RM10,000.
Wang yang dikumpulkan juga merupakan wang simpanan mereka selain bertungkus lumus berniaga.
Gambar jambangan bunga yang mulai tular dilaman sosial itu juga telah dimuatnaik oleh pemilik Rak Bunga Florist, Una Rushana, dilaman sosial miliknya.
Sumber : Una Rushana
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.