Salah sebuah filem keluaran Warner Bros Pictures, Wonder Woman 1984 akan ditayangkan pada Jun 2020.
Merupakan sekuel daripada filem Wonder Woman pada tahun 2017 dan filem ke-9 dalam DC Extended Universe (DCEU), trailer rasmi filem Wonder Woman 1984 telah dimuatnaik menerusi laman Youtube rasmi Warner bros. Pictures sejak malam semalam.
Dibintangi oleh pelakon Gal Gadot, Chris Pine, Kristen Wiig, Pedro Pascal, Connie Nielsen, dan Robin Wright sebagai pelakon sampingan, filem Wonder Woman 1984 ini juga merupakan lanjutan daripada filem Batman v Superman Dawn of Justice (2016), Wonder Woman dan juga Justice League (2017).
Rata-rata peminat filem adiwira dilihat tidak sabar untuk menantikan tahun 2020 kerana dalam tahun yang sama filem-filem Marvel seperti Black Widow juga akan ditayangkan.
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.