Hujan lebat berterusan sejak hujung minggu lalu telah menyebabkan banyak pokok tumbang dan kerosakan harta awam, khususnya di Putrajaya, Seri Kembangan dan Shah Alam.
Dipetik daripada laman Facebook Taman Botani Negara Shah Alam , kejadian yang berlaku pada hari Ahad lalu telah menyebabkan hampir kesemua laluan didalam kawasan Taman Botani Negara Shah Alam ini terjejas.
Ekoran itu, segala operasi di taman botani ini akan ditutup bagi memberi laluan kepada operasi baik pulih dan kerja-kerja pemulihan TBNSA sehingga 31 Mac 2019.
Sumber: Facebook Taman Botani Negara Shah Alam
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.