Baru-baru ini tular di media sosial tentang video seorang wanita yang kepalnya terhantuk kepada palang penghadang laluan elektronik.
Di dalam video tersebut, jelas menunjukkan bahawa wanita tersebut sedang asyik melihat telefon pintar di tangannya sehinggakan tidak mengetahui keadaan sekeliling. Hal ini mengundang perlian dan tawa daripada warganet yang menonton video tersebut.
Banyak yang geli hati melihat gelagat wanita tersebut. Sememangnya terdapat sedikit rasa belas kasihan kepada beliau kerana semestinya sakit apabila terkena palang tersebut. Namun, tingkahlakunya yang terlalu fokus terhadap telefon bimbitnya menyebabkan beliau terkena hentakan tersebut. Tambahan pula, beliau tidak nampak prihatin ketika melintas jalan dan kereta yang sedang meluru kearahnya.
Dekat sini kami nak kongsikan beberapa perkaran yang lebih penting untuk dilihat ketika berjalan daripada telefon bimbit anda.
1. Kereta yang mendatang. Kalau kita dah tahu kita akan melintas jalan yang mempunyai kenderaan yang diperbuat daripada besi dan bergerak dalam keadaan yang laju, rasa-rasanya pihak logik akal akan mengatakan untuk ita lihat sama ada ada kereta atau tidak.
2. Halangan yang berada di atas kepala. Mungkin kita sedang menuruni tangga yang agak rendah silingnya. Pastikan anda tunduk sedikit supaya tidak terhantuk. Dalam kes ini, mungkin halangan di atas kepala anda adalah palang besi!
3. Orang sekeliling. Yang ini lagi satu pengundang maslah lagi lagi dalam kawasan perjalanan yang agak ramai orangnya seperti di stesen keretapi sewaktu kemuncak. Semua orang sedang bergegas untuk ke destinasi mereka sendiri. Jangalah kita menjadi halangan di tengah jalan kerana asyik melihat telefon kita.
4. Orang yang berjalan bersama. Kalau kita berjalan dalam kumpulan ataupun berdua, fokus anda sepatutnya kepada orang yang berada di sebelah anda, bukan skrin telefon. Yang lebih menjengkelkan apabila ibu bapa yang berjalan bersama anak-anak kecil, lepas itu biaarkan anaknya berkeliaran, walhal mereka bagai terlekat dengan skrin telefon.
Akhir sekali, peringatan kepada semua, tengok-tengoklah ke hadapan sewaktu berjalan, lagi-lagu sewaktu melntas jalan! Kami akhiri bebelan ini dengan satu lagi contoh ketaksuban terhadap skrin telefon yang membawa kepada kebenjolan kepala.
Sumber: Facebook/Twitter
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.