Nyanyian lagu hari lahir atau ‘happy birthday’ kini tidak lagi dibenarkan di beberapa buah sekolah di United Kingdom bagi mengelakkan penularan wabak COVID-19.
Menurut Daily Star, murid di sekolah kini hanya dibenarkan untuk menyampaikan ucapan hari lahir dalam bentuk pertuturan sahaja, namun tidak boleh dinyanyikan seperti biasa.
Langkah itu diambil beberapa bulan selepas Perdana Menteri United Kingdom, Boris Johnson menggesa orang ramai menyanyikan lagu itu sambil mencuci tangan selama 20 saat.
Sehingga artikel ini ditulis, UK telah mencatatkan 617,688 jumlah kes positif COVID-19, dengan lebih daripada 42 ribu kes maut.
Bagi langkah keselamatan, pihak sekolah juga tidak lagi membenarkan ibu dan bapa menghantar kek hari lahir ke sekolah untuk mengurangkan risiko jangkitan.
Sumber: Daily Star
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.