Kutu manusia dan kutu binatang memang berbeza. Kutu manusia kita boleh tahan dengan kesakitan walaupun dia hisap darah di bahagian kepala. Berlainan pula dengan kutu binatang yang melekat pada kulit manusia.
Kutu-kutu binatang selalunya menjadikan binatang peliharaan untuk mendapatkan sumber darah. Apabila dia menyerang manusia dan ia memberi kesan buruk.
Seorang wanita, Jessica Griffin berkongsi satu situasi mencemaskan apabila anaknya tak mampu berjalan dan bercakap selepas kutu binatang dijumpai dalam keadaan kekenyangan di kepala anaknya itu. Menyedari akan hal itu, Jessica terus membawa anaknya ke hospital.
Doktor mengesahkan ianya kes yang sangat jarang berlaku apabila sejenis toksin yang dipanggil “neurotoksin” yang berada dalam air liur kutu tersebut menyerang tubuh badan dan menyebabkan kecacatan sementara.
Sumber: Wanista
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.