Ada banyak cara yang dilakukan oleh majikan bagi menarik minat pekerja untuk bekerja, antaranya bekerja setengah hari pada Jumaat dan juga membela anak kucing di pejabat.
Berbeza pula dengan sebuah syarikat dari Jerman ini apabila mereka membenarkan pekerja untuk bekerja hanya 5 jam sehari dengan syarat mereka kurangkan berborak sesama rakan dan bermain telefon pintar.
Tambah lagi, mereka hanya dibenarkan untuk semak email sebanyak 2 kali dan mesyuarat hanya maksimum 15 minit untuk satu-satu sesi.
Menurut chief officer syarikat perundangan tersebut, Rheingans Digital Enabler berkata, langkah ini diperkenalkan supaya pekerja dapat meluangkan masa lebih lama bersama keluarga di rumah. Namun bagi mengekalkan prestasi syarikat, pekerja harus fokus kepada kerja dan tidak berborak atau membuang masa dengan bermain telefon pintar masing-masing.
Sumber: Business Insider
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.