Bintang Uruguay, Luis Suarez disahkan positif COVID-19 selepas menjalani ujian pengesanan wabak tersebut.
Pengumuman dibuat Persatuan Bola Sepak Uruguay dalam satu kenyataan menyebut bintang itu juga mungkin akan terlepas aksi perlawanan kelayakan Piala Dunia menentang Brazil, serta perlawanan La Liga Atlentico Madrid menentang Barcelona pada Sabtu.
"Keputusan ujian awal yang dikeluarkan membabitkan semua pemain pasukan kebangsaan, dengan keputusan itu pemain seperti Luis Suarez (dan) Rodrigo Munoz dan pegawai, Matias Faral, didapati positif Covid-19," kata persatuan.
Selain Suarez, pemain tengah Arsenal dan Mesir, Mohamed Elneny juga diuji positif COVID-19, seperti yang dilaporkan oleh ejennya.
Elneny kini sedang menjalani kuarantin bagi mengelakkan ia menjangkiti pemain lain.
Terdahulu, bintang sensasi Liverpool dan Mesir, Mohamed Salah juga didapati positif COVID-19, seperti disahkan oleh Egyptian FA.
Bilangan pemain yang dijangkiti wabak berkenaan nyata membuatkan badan bolasepak antarabangsa risau dan khuatir.
Sumber: ESPN
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.