Ekoran daripada tindakan kerajaan Singapura meningkatkan status amaran Kedudukan Sistem Tindakbalas Perebakan Penyakit (DORSCON) daripada kuning kepada jingga bagi membendung penularan wabak coronavirus, penduduk dinegara ini dilihat mula melakukan pembelian panik.
Rakyat dinegara jiran ini dilihat bergegas ke pasar raya bagi membeli barangan seperti beras, mee dan tisu tandas.
Beberapa foto yang tular juga menunjukkan rak pada pasar raya mulai kosong dan barisan panjang dikaunter.
Namun menurut Menteri Perdagangan Singapura, Chan Chun Sing berkata, tiada keperluan untuk rakyat membuat pembelian panik kerana bekalan sentiasa mencukupi.
Dalam perkembangan lain, Singapura mencatatkan 43 kes positif 2019-nCoV dengan 6 daripadanya dilaporkan telah pulih.
Sumber: Sinar Harian
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.