Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

ERA Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

trending

Awas Risiko Batuk Kering, Bakteria Boleh Membiak Dalam Badan Tanpa Disedari, ''Cegah Sebelum Terlambat''

Jangkitan daripada bakteria (Mycobacterium tuberculosis) boleh menyebabkan batuk kering
Editor
21 Dec 2019, 11:01 AM

Tuberkulosis (TB) atau lebih dikenali dengan nama batuk kering merupakan sebuah jangkitan terhadap paru-paru. Jangkitan daripada bakteria (Mycobacterium tuberculosis) ini boleh diubati dan dihindari.

awas risiko batuk kering, bakteria boleh membiak dalam badan tanpa disedari,

Kita perlulah lebih berhati-hati kerana jangkitan TB ini disebarkan melalui udara, lagi-lagi pada musim flu sebegini. Ingat untuk sentiasa membersihkan tangan dan tutup mulut ketika kita batuk atau bersin di tempat awam.  

Fakta mengenai penyakit ini adalah bakteria TB boleh berada dan membiak di dalam badan manusia tanpa menunjukkan apa-apa simptom atau kesan kepada kesihatan kita. Namun, sekiranya sistem imunisasi kita menjadi lemah, ia akan mula menyerang dan menzahirkan simptom-simptom yang mungkin boleh memudaratkan kesihatan kita.

Antara simptom-simptom TB adalah:

  • Batuk yang teruk yang berlanjutan lebih daripada 3 minggu
  • Sakit di bahagian dada
  • Batuk berdarah dan keluar lendir
  • Berasa lemah
  • Tiada selera makanan
  • Kesejukan/menggigil
  • Kekurangan berat badan
  • Demam
  • Berpeluh di tengah malam

Secara umunya, terdapat dua jenis faktor risiko untuk seseorang itu menghidapi jangkitan TB ini. Sama ada individu tersebut pernah dijangkiti bakteria TB sebelum itu, dan mereka yang mempunyai sistem imunisasi yang lemah.

awas risiko batuk kering, bakteria boleh membiak dalam badan tanpa disedari,

Faktor risiko yang pertama, iaitu dijangkiti bakteria TB boleh terjadi kepada seseorang sekiranya beliau:

  • Merupakan kenalan rapat kepada mereka yang dijangkiti penyakit TB
  • Seseorang yang baru pulang atau berasal daripada negara atau kawasan yang mempunyai kadar jangkitan TB yang tinggi
  • Kanak-kanak yang berumur kurang daripada 5 tahun yang positif ujian TB
  • Kumpulan yang mempunyai kadar jangkitan TB yang tinggi seperti gelandangan, penagih dadah secara suntikan dan penghidap penyakit HIV
  • Mereka yang bekerja atau tinggal di tempat-tempat yang mempunyai risiko TB yang tinggi seperti hospital, rumah pelindungan gelandangan, pusat serenti, dan rumah orang-orang tua.

Bagi faktor risiko TB yang kedua, golongan yang mempunyai sistem imunisasi yang lemah termasuklah:

  • Bayi atau kanak-kanak kecil
  • Penghidap HIV
  • Penyalah guna bahan
  • Pesakit radang paru-paru
  • Pesakit kencing manis
  • Pesakit buah pinggang yang kronik
  • Berat badan yang terlalu rendah
  • Penderma atau penerima organ dalaman
  • Pesakit kanser leher dan kepala

awas risiko batuk kering, bakteria boleh membiak dalam badan tanpa disedari,

Diharapkan perkongsian informasi ini dapat membantu orang ramai dalam mencegah penyakit ini.

Sumber: CDC

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

{{related.name}}

{{related.name}}

ads-with-us ads-with-us ads-with-us