Ribut solar pernah melanda bumi lebih 2,500 tahun yang lalu, dimana terdapat unsur-unsur radioaktif yang dilepaskan oleh ribut solar telah ditemui di Greenland.
Menurut penyelidik, Raimund Muscheler yang juga profesor geologi di Lund University, Sweden berkata, sekiranya ribut solar ini berlaku, ia akan memberi kesan teruk kepada masyarakat hari ini.
Ribut solar ini dilaporkan akan menyebabkan gangguan yang teruk pada peralatan teknologi seperti satelit, radio frekuensi tinggi dan sistem navigasi.
Ribut solar merupakan gangguan pada matahari yang menjejaskan seluruh sistem suria, termasuk bumi. Sehingga kini, kita masih belum mempunyai sebarang langkah pencegahan untuk menghadapi sebarang kemungkinan sekiranya berlaku ribut solar seperti ini.
Hasil penyelidikan itu telah diterbitkan dalam jurnal Proceedings of the National Academy of Sciences.
Sumber: Live Science
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.