Julap ialah sejenis pelawas dan pencuci perut yang diambil dengan tujuan menggalakkan dan melancarkan pergerakkan najis dalam usus.
Namun begitu, ada pekerja disebuah restoren piza didapati meletakkan julap ini dalam roti piza.
Kejadian yang berlaku di sebuah restoren piza di Texas, Amerika Syarikat ini telah mengakibatkan kemungkinan keracunan makanan, hingga memaksa restoren ini ditutup.
Polis di bandar Springtown, Texas telah menerima laporan mengenainya selepas salah seorang kakitangan mereka memuatnaik gambar mereka meletakkan Miralax, iaitu sejenis julap pada piza.
Ketiga-tiga pelaku berkenaan mengaku meletakkan julap pada sekurang-kurangnya satu piza, dan ia dimakan oleh kakitangan yang lain. Kakitangan itu telah jatuh sakit.
Ekoran daripada kes itu, restoren piza ini telah ditutup operasinya.
Sumber: Huffpost
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.