Adakah anda peminat makanan di restoran-restoran? Jika ya, pasti anda perasan akan warna yang digunakan oleh restoran-restoran besar ini.
Warna merah, kuning dan oren adalah antara warna asas yang paling banyak digunakan oleh restoran-restoran besar. Baik dari segi warna logo, kepada warna dalaman restoran, ketiga-tiga warna ini menjadi pilihan pengusaha restoran besar.
Tapi kenapa ye warna merah, kuning dan oren? Bukan warna lain?
Menurut kajian, warna merah, kuning dan oren adalah warna yang boleh membuatkan seseorang bertambah lapar. Penggunaan warna-warna ini juga tidak digalakkan digunakan dalam bilik tidur kerana ia akan membuatkan seseorang itu menjadi cepat lapar sepanjang masa.
Sumber: The VCG
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.