Jika anda seeorang yang hidup pada awal tahun-90 an, pasti anda cukup mengenali filem “Honey, I Shrunk The Kids”.
Filem yang mengisahkan seorang pereka cipta, Wayne Szalinski, yang telah mengecilkan anak-anaknya secara tidak sengaja, pernah menjadi fenomena di kaca televisyen, suatu masa dahulu.
Kini, Disney dilaporkan akan menghasilkan ‘reboot’ kepada filem ini dengan Josh Gad sebagai watak utama, Nick Szalinski, iaitu anak kepada Wayne Szalinski.
Selain filem Honey, I Shrunk The Kids, dua sequel selepas itu juga telah ditayangkan, iaitu Honey, I Blew Up The Kid, dan Honey, We Shrunk Ourselves, namun kedua-dua sequel ini tidak begitu mendapat sambutan berbanding filem pertamanya.
Sama-sama lah kita nantikan comeback ini tidak lama lagi ok!
Sumber: Yahoo! Movie
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.