Pernahkah anda melayari mana-mana laman Instagram atau Twitter yang mempunyai pengikut hingga mencecah ratusan juta?
Namun, menurut portal ICMP, beberapa selebriti popular dunia didapati menggunakan pengikut akaun Instagram dan Twitter palsu.
Bagi kategori selebriti, laporan menunjukkan bahawa Ellen DeGeneres mempunyai jumlah tertinggi fake account, dengan 58% pengikut Instagramnya palsu, dan 41% fake account mengikutnya di Twitter.
Kumpulan BTS pula menduduki tempat kedua dengan 49% fake account di kedua-dua laman sosial, manakala Kourtney Kardashian menduduki tempat ketiga dengan 49% fake account di Instagram dan 37% fake account di Twitter.
Berikut adalah senarai sepuluh selebriti dengan follower fake account tertinggi:
1. Ellen DeGeneres (@theellenshow) - 58%
2. BTS (@bts.bighitofficial) - 49%
3. Kourtney Kardashian (@kourtneykardash) - 48%
4. Taylor Swift (@taylorswift) - 46%
5. Ariana Grande (@arianagrande) - 46%
6. Deepika Padukone (@deepikapadukone) - 45%
7. Miley Cyrus (@mileycyrus) - 45%
8. Katy Perry (@katyperry) - 44%
9. Khloe Kardashian (@khloekardashian) - 43%
10. Priyanka Chopra (@priyankachopra) - 43%
Bagi kategori selebriti sukan pula, pemain bola sepak Jerman, Toni Kroos mempunyai 51% fake account, diikuti Isco (49%) dan Luka Modric (49%).
Sumber: The Institute of Contemporary Music Performance
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.