Bandar New York kelmarin digemparkan dengan penemuan tiga objek mencurigakan sebelum disahkan ia sebagai periuk nasi kosong.
Satu laporan telah dibuat kepada pihak polis Manhanttan kira-kira jam 7 pagi selepas seorang penumpang terlihat sebuah periuk nasi ditinggalkan distesen tren bawah tanah Fulton Street dekat Pusat Dagangan Dunia, iaitu satu kawasan kejiranan yang dibina semula selepas serangan 11 September 2001.
Periuk nasi kedua ditemui di satu lagi lokasi berbeza di stesen yang sama, mana,kala periuk nasi ketiga ditemui di 16th Street di Chelsea, Manhanttan.
Keadaan ini memaksa polis mengosongkan bangunan di dua laluan tren bawah tanah dan melencongkan tren lalu ke Fulton Street.
Pemeriksaan awal pihak berkuasa mendapati seorang lelaki berkulit putih telah meletakkan dua periuk nasi ini dan beliau telah ditahan bagi membantu siasatan.
Sumber: The Straits Times
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.