Akibat daripada pandemik COVID-19 yang masih lagi melanda dunia ketika ini, industri pelancongan adalah antara yang terjejas teruk dan menghalang orang ramai daripada pergi melancong ke luar negara.
Disebabkan itu, satu pakej menarik ditawarkan oleh China Airline dan EVA Air kepada mereka yang mengidam untuk melancong, iaitu dengan melakukan penerbangan palsu.
Menurut Daily Star, pakej penerbangan palsu itu ditawarkan di Taipei dengan proses bermula daripada membeli tiket, memeriksa barang, duduk atas kapal terbang untuk tempoh dua jam bagaikan ‘departure’ dan seterusnya ‘arrival’.
Mereka yang sudah membeli tiket akan melalui pos keselamatan dan imigresen bagi pemeriksaan bagasi. Kemudian, penumpang akan masuk ke dalam pesawat sambil disambut oleh pramugari, sama seperti penerbangan biasa.
Cumanya, penerbangan palsu ini tidak disediakan makan minum sebaliknya penumpang bebas mengambil gambar dalam pesawat, seolah-olah sedang terbang.
Pesawat yang menempatkan penumpang bagi ‘penerbangan palsu’ ini hanya berada dilapangan terbang selama dua jam.
Sumber: Daily Star
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.