Baru-baru ini, negara dikejutkan dengan kejadian menconteng sebuah karya seni pada dinding sebuah bangunan kedai di Taman Cahaya Alam, Seksyen U12.
Insiden vandalisme dengan semburan cat merah yang memaparkan kata-kata tidak menyenangkan itu telah menyebabkan keseluruhan dinding terpaksa dicat semula dengan warna putih.
Menurut pelukis mural gergasi pemimpin negara, Muhamad Firdaus Nordin, beliau bersama rakannya meluahkan rasa sedih apabila hasil seni mereka dicemari vandalisme, namun tidak serik untuk terus berkarya lagi.
Tambah lagi, beliau dan rakan-rakannya sama sekali tidak pernah menyangka hasil seni mereka itu akan tular, dan menjangka juga kemungkinan ia akan dirosakkan pihak tertentu.
"Tipulah kami tidak sedih tengok hasil seni titik peluh kami diconteng sebegitu kemudiannya dipadam sepenuhnya. Kami tidak diupah untuk melukisnya, tetapi dengan menyiapkan lukisan itu, ia sudah beri satu tahap pencapaian membanggakan yang tidak disangka-sangka kepada kami," katanya kepada Bernama.
Meskipun hasil seni mereka tidak dihargai oleh pihak tertentu, ia sama sekali tidak melunturkan semangat mereka, malah tidak keberatan untuk melukis kembali di lokasi yang sama.
Buat masa ini, satu perbincangan sedang dilakukan bagi mendapatkan kebenaran MBSA, termasuk siasatan terhadap pelaku vandalisme itu.
Sumber: Awani
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.