Petang semalam, tular satu insiden kemalangan maut melibatkan sebuah bas, kereta dan juga penunggang motosikal terjadi di Jalan Dato Ismail Hasyim di Bayan Lepas, Pulau Pinang.
Kemalangan itu dilaporkan telah mengorbankan seorang penghantar makanan yang juga merupakan pelajar tingkatan 4 SMK Sungai Ara, Muhammad Saifullah Muhammad Hafiez, 16 tahun.
Ketika kejadian, mangsa berada di hentian lampu isyarat sebelum dilanggar pemandu bas yang dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas merempuh tembok.
Menjengah ke ruangan komen, ada sumber yang memberitahu bahawa mangsa merupakan anak sulung daripada 7 adik beradik dan membuat kerja sambilan menghantar makanan bagi meringankan beban keluarganya.
Al-Fatihah.
Sumber: OMM
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.