Bencana gempa bumi dan tsunami di Palu, Sulawesi baru-baru ini banyak mengorbankan nyawa dan harta benda. Malah, nasib haiwan peliharaan penduduk dikawasan terjejas ini juga terjejas kerana banyak harta benda dan penempatan musnah.
Disebabkan itu, sekumpulan pencinta kucing di Solo nekad mengumpulkan wang untuk haiwan berkenaan yang terabai. Menariknya, bantuan kepada kumpulan ini bukan sahaja daripada dalam negara, malah dari negara luar seluruh dunia.
Pengerusi Rumah Difabel Meong, Tomy Kristanto berkata, bantuan untuk haiwan kesayangan itu amat kecil berbanding dengan yang diperlukan penduduk yang terkesan.
“Namun, bantuan untuk mangsa yang terselamat semakin banyak, sebaliknya kebajikan haiwan pascabencana sudah pasti tidak dapat difikirkan buat masa ini,”
Susulan itu, katanya, pihaknya berjaya mengutip derma sehingga 2 juta rupiah (RM500) yang digunakan untuk membeli makanan kucing serta anjing dan diagihkan dengan bantuan Cat Lover Palu. Malah, kami turut mempunyai baki mencukupi untuk membeli ubat untuk kucing,” katanya kepada Liputan6.
Selain itu, Astro & Maxis turut melancarkan tabung bantuan bertujuan untuk membantu dalam pemulihan di Sulawesi terutama bagi pembinaan semula sekolah-sekolah dan komuniti.
Bantuan boleh dibuat melalui:
1. Deposit langsung atau pemindahan bank ke akaun berikut:
Bank Muamalat
16010000882718
atau
2. Cheque dialamatkan ke alamat berikut:
Ketua Pengarah
Agensi Pengurusan Bencana Negara
Untuk tujuan penyimpanan rekod, sila hantar bukti transaksi anda kepada
012-6519565 atau 012-2544048
Derma akan diterima sehingga 4 November 2018
Untuk maklumat lanjut, layari http://www.nadma.gov.my / www.maxis.com.my, www.hotlink.com.my dan www.astro.com.my
Sumber: Liputan6
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.