Kementerian Pendidikan (KPM) mengesahkan hidangan nasi putih dan kuah yang tular sejak semalam bukan di bawah Program Rancangan Makanan Tambahan (RMT).
Menurut Menteri Kanan (Pendidikan), Datuk Dr. Radzi Jidin berkata, wakil KPM telah turun ke sekolah terbabit untuk menjalankan siasatan terperinci mengenai dakwaan berkenaan.
Malah, siasatan mendapati gambar yang ditularkan itu bukan makanan yang disediakan untuk penerima RMT di sekolah.
“Makanan bagi semua penerima RMT disediakan oleh pihak kantin untuk murid makan di sekolah sahaja,” katanya.
Tambahnya, KPM mengucapkan terima kasih di atas keprihatinan semua pihak berhubung perkara ini.
Pihaknya juga sentiasa berusaha menambah baik program RMT, termasuk dalam penyediaan makanan dan bekalan susu untuk penerima RMT.
Sumber: Kosmo Online
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.