Menteri Pengangkutan, YB Anthony baru-baru memperkenalkan Unlimited Pass MY100 dan MY50 bagi menggalakkan penggunaan pengangkutan awam di Kuala Lumpur.
Menerusi video yang berdurasi kurang dari dua minit oleh Astro Radio Traffic, YB Anthony Loke muncul untuk memberi penjelasan mengenai cara penggunaan mykad sebagai Unlimited Pass MY100 dan MY50.
Sehingga kini, video berkenaan telah dikongsikan lebih 150 kali dengan 9 ribu tontonan.
Jelas YB Anthony, orang awam boleh mendaftarkan Mykad mereka di mana mana stesyen LRT, MRT, Monorail atau BRT untuk menggunakannya sebagai Unlimited Pass.
Bagi Unlimited Pass MY100 pengguna perlu mmebayar RM100 bagi menikmati pengangkutan awam tanpa had untuk 30 hari.
Sumber: Astro Radio Traffic
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.