Jika anda perasan, sejak daripada awal bulan ini, Menara KL telah bertukar warnanya kepada warna merah jambu setiap malam.
Ini adalah kerana bersempena menyambut hari kelahiran Barbie yang ke-60 dan ia juga disambut diseluruh dunia!
Bukan sahaja Menara KL, bangunan lain seperti Manila City Hall di Filipina, Muzium Fatahillah di Indonesia, Singapore Flyer di Singapura, dan Emquartier di Thailand juga disimbahkan dengan cahaya pink.
Barbie juga memperkenalkan slogan, “You Can Be Anything”, dimana remaja perempuan boleh mencapai apa sahaja yang anda idamkan selama ini.
Sumber: Remaja
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.