Seorang lelaki telah membuat kecoh di jalan Bukit Bintang petang semalam dengan memanjat papan tanda disitu.
Lelaki berkenaan yang dipercayai dalam keadaan 'lalok' atau separuh sedar enggan memberi kerjasama dengan pihak polis dan juga bomba yang turut berada dilokasi kejadian.
Menerusi video yang dikongsikan oleh pemilik Facebook Nick SHah RUL, lelaki berkenaan dilihat pada mulanya dalam keadaan santai pada atas papan tanda berkenaan.
Hasil aduan orang ramai, pihak berkuasa tiba dilokasi kejadian bagi menyelamatkan lelaki berkenaan, namun lelaki itu enggan memberi kerjasama.
Aksi mendebarkan proses menyelamat itu berakhir selepas lelaki itu terjatuh dari papan tanda selepas pelbagai usaha digunakan oleh pihak penyelamat.
Keadaan trafik juga agak sesak sepanjang insiden itu terjadi.
Sumber: Sinar Harian / Facebook
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.