Kredit: PUMA
Si kucing putih yang tak bermulut ni sememangnya disayangi ramai! Buat korang yang membesar pada tahun 90an sehingga pertengahan 2000, mungkin korang ingat dengan kartun Hello Kitty yang pernah ditayangkan di TV. Pada zaman tu juga boleh dikatakan setiap kedai mainan yang ada mesti akan jual produk Hello Kitty!
Kalau korang peminat tegar Hello Kitty, kitorang sekarang tengah obses dengan Koleksi PUMA x HELLO KITTY yang bakal berada di pasaran pada 1 November ni! Ni lima sebab kenapa kitorang gilakan koleksi yang comel ni:
#1 Kasut yang sporty dan stylo!
Nak berjalan banyak, ber-OOTD atau berdiri lama-lama pun takde hal. Koleksi kasut PUMA x HELLO KITTY ni bukan saja terlihat sporty dan stylo, tapaknya yang lembut dan cukup tebal, dengan rekaan yang menarik perhatian! Confirm OOTD korang nampak lebih up!
#2 Beg cun yang besar dan sesuai dibawa ke mana-mana
Tak kiralah korang nak pergi dating ke, bersenam di gym ke, atau melancong, koleksi beg PUMA x HELLO KITTY ni sangat versatil dan cukup besar untuk korang letak banyak barang. Dengan rekaannya yang sempoi dalam warna yang gelap atau cerah, ia sesuai digayakan oleh sesiapa saja!
#3 Gaya yang stylish dan trendy
Korang boleh nampak stylish dan trendy menggayakan koleksi ini. Gaya sporty macam ni tengah in tau. Korang yang nak jadi influencer, ni salah satu daripada OOTD yang mesti ada dalam instagram korang ya!
#4 Boleh ber-OOTD dengan anak atau adik korang
Kalau anak atau adik korang pun sukakan Hello Kitty, PUMA x HELLO KITTY ni turut memaparkan koleksi bagi kanak-kanak! Lepas ni bolehlah ber-OOTD sama-sama sambil menggayakan koleksi yang comel ni!
#5 Pelbagai cara untuk korang gayakan koleksi versatil ni
Mix-and-match dengan mudah ikut selera dan mood korang! Ni contoh styling yang kitorang suka:
Comel kan? Jom dapatkan koleksi terhad PUMA x HELLO KITTY yang bakal dilancarkan secara eksklusif di semua kedai PUMA dan AWLAB pada 1 November ni.
Korang juga boleh check out koleksi PUMA x HELLO KITTY ni di PUMA Sunway Piramid dan AWLAB KLCC pada 1 dan 2 November dan sertai pelbagai aktiviti menarik yang bakal dianjurkan!
Untuk info lanjut, check out di sini.
Jumpa di sana!
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.