Sebuah kolam renang lutsinar yang terletak 115 kaki di udara berjaya disiapkan dengan keluasan 82 kaki (25 meter).
Sky Pool adalah kolam renang lutsinar yang menghubungkan dua bangunan tingkat 10 pencakar langit kediaman di kawasan kejiranan Nine Elms di barat daya London.
Menariknya, kolam renang itu khas untuk penduduk bertuah kompleks pangsapuri mewah berkenaan.
Malah, struktur kolam akrilik bebas yang terbesar di dunia antara tarikan pembangunan Embassy Gardens yang merangkumi bar, restoran dan kedai.
Orang ramai dapat menikmati pemandangan London yang menakjubkan, termasuk London Eye dan Westminster.
Kolam itu dibina dengan menggunakan teknologi khas yang membolehkan ia bergerak ketika angin kencang.
Sumber: CNN
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.