Ketua pereka bentuk Apple sejak sekian lama, Jony Ive dilaporkan akan meninggalkan syarikat itu bagi menubuhkan syarikat sendiri.
Memetik laporan daripada BBC News, Ive akan meletak jawatan lewat tahun ini untuk menubuhkan sebuah syarikat reka bentuk bebas dan mungkin akan mengambil kira Apple sebagai antara pelanggan utamanya.
“Jony ialah tokoh tunggal dalam dunia reka bentuk dan peranannya dalam kebangkitan Apple tidak boleh diperbesar-besarkan, daripada penghasilan baru iMac pada 1998 kepada iPhone dan cita-cita mengenai Apple Park, beliau mengerah banyak tenaga dan perhatiannya.
“Apple akan terus mendapat manfaat daripada bakat Jony dengan bekerja secara langsung dengannya dalam projek eksklusif dan menerusi kerja cemerlang berterusan dan pasukan reka bentuk bersemangat yang dibentuknya,”
“Selepas banyak tahun bekerja rapat bersama-sama, saya gembira kerana hubungan kami terus berkembang dan saya tidak sabar bekerja dengan Jony pada tempoh panjang pada masa depan.” kata ketua eksekutif firma itu, Tim Cook.
Ive antara individu yang bertanggungjawab mereka bentuk iPod, iPhone, iPad dan Macbook dan juga perisian iOS untuk Apple.
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.