Air zam zam antara air yang paling terbaik di dunia dan dibuktikan oleh salah seorang saintis dari Universiti Yokohama, Jepun, Dr Masaru Emoto. Beliau berjaya membuktikan air zam zam mempunyai keajaiban dan kelebihan tersendiri.
Hasil daripada kajiannya, air zam zam akan berubah mengikut keadaan. Jika air itu didedahkan kepada kata-kata, tulisan atau pesanan yang positif air tersebut akan menghasilkan molekul-molekul yang indah.
Salah satu eskperimen yang dijalankan oleh saintis tersebut adalah dengan mendedahkan air tersebut dengan bacaan doa-doa agama Islam. Hasilnya, air tersebut membentuk Kristal yang sangat cantik. Kristal tersebut berbentuk segi enam dan lima cabang daun yang cukup menarik.
Perkara ini juga pernah dibentang oleh Emoto dalam persidangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersaty pada Mac 2005 di New York.
Sumber: mstar.com.my
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.