Pernahkah anda terfikir untuk beli satu rumah besar dan hidup dalamnya bersama-sama rakan baik anda?
Itu yang dilakukan oleh sekumpulan rakan tujuh sekawan daripada Guangzhou, China ini apabila mereka sepakat untuk membeli sebuah rumah dan tinggal bersama dalamnya apabila mereka sudah tua.
Dipetik daripada Mirror UK, mereka yang kini berusia 30-an, mengumpulkan 4 juta yuan bersamaan RM2.3 juta ringgit untuk membina sebuah rumah mewah yang lengkap dengan kolam renang.
Menurut Jin Du yang juga salah seorang daripada mereka berkata, mereka akan mula masuk kedalam rumah berkenaan seawal usia 60 tahun.
Beliau juga tidak sabar untuk memasak, menyanyi, dan melakukan pelbagai aktiviti bersama ketika menginjak pada waktu tua itu nanti.
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.