Macam tak percaya tapi itulah yang terjadi pada sebuah pesawat apabila terpaksa melakukan pendaratan kecemasan disebabkan oleh bau badan penumpang yang terlalu busuk.
Bau badan yang memualkan itu menyebabkan penumpang lain pengsan dan muntah.
Pesawat dari Sepanyol itu menuju ke Amsterdam dan terpaksa dilencongkan ke Faro di selatan Portugal kerana keadaan semakin teruk di mana penumpang lain sudah pengsan dan muntah.
“Bau badannya seperti orang tidak mandi beberapa minggu menyebabkan ada penumpang tidak tahan dan muntah,” kata penumpang warga Belgium, Piet van Haut.
Lelaki terbabit terpaksa diletakkan di dalam tandas sementara juruterbang melakukan lencongan.
Sumber: Harian Metro
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.