Ahli arkeologi telah menemui objek mirip telefon pintar pada rangka wanita berusia 2,000 tahun.
Penemuan objek berkenaan pada sebuah makam perkuburan misteri juga dipanggil sebagai “The Russian Atlantis” di Republik Tuva, Rusia.
Mayat tersebut dikenali sebagai Natasha, dijumpai oleh ahli arkeologi bersama aksesorinya, Iphone, setelah kawasan tersebut kering pada musim panas.
Namun begitu, teori konspirasi penemuan telefon pintar itu harus dijelaskan kerana ia bukanlah Iphone seperti yang didakwa.
Sebaliknya, objek berukuran 18 cm x 9cm itu adalah kepala tali pinggang bersaiz besar dan saiz syiling yang menghiasinya dipercayai dicetak sejak 2137 tahun lalu.
Teori konspirasi penemuan telefon pintar ini telah menjadi buah mulut ramai, khususnya pengikut barat.
Sumber: siberiantimes
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.