Masalah jerebu di Semenanjung dilihat semakin serius hari ini apabila 11 kawasan dibeberapa negeri mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat.
Setakat ini, lokasi di Batu Muda dan Cheras mencatatkan bacaan IPU tidak sihat dan bacaan di Putrajaya pada skala 144.
Kawasan-kawasan lain bertanda jingga menunjukkan bacaan IPU tidak sihat adalah seperti Petaling Jaya, Perlabuhan Klang, Shah Alam dan Banting.
Nilai, Seremban dan Port Dickson serta Rompin juga mencatatkan bacaan pada paras bahaya, masing-masing dengan bacaan IPU pada skala diatas 100.
Manakala di Sarawak, kawasan yang turut terjejas adalah seperti di Sri Aman, Kuching, dan Samarahan.
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.