Haneesya Hanee Sayed Sahlan telah berjaya dinobatkan sebagai juara Dewi Remaja 2018/2019 minggu lalu.
Disebalik kemenangan Haneesya, terdapat kisah silam beliau yang sungguh menyentuh hati.
Dipetik daripada portal Remaja, ibu Haneesya, Norhasnida binti Hassan, 47, anaknya pernah diejek warna kulitnya sejak dari sekolah rendah lagi dan sering menangis ketika pulang dari sekolah.
Namun sebagai ibu, Hasnida sentiasa memberikan sokongan dan galakan kepadanya, malah sanggup berjemur diri di tengah panas agar kulitnya menjadi gelap, sama seperti anaknya.
“Ini pengorbanan yang saya lakukan. Saya tak sanggup tengok anak menangis bila balik dari sekolah,” katanya memaklumkan isu warna kulit juga dihadapi anaknya ketika memasuki sekolah menengah hingga ke hari ini.
Sumber: Remaja / IG Haneesya
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.