Kejayaan filem Godzilla pada tahun 2014 dan Kong: Skull Island pada tahun 2017 telah menjadi ilham buat penerbit filem ini untuk menerbitkan gabungan kedua-dua raksasa ini.
Dipetik daripada Movieweb, filem yang bakal menampilkan pertarungan kedua-dua makhluk gergasi ini telah memulakan pengambaran mereka di beberapa lokasi di Hawaii dan Australia.
Bakal tampil dengan tajuk Monsterverse: Godzilla vs. Kong, filem arahan Adam Wingard ini turut membintangi beberapa bintang terkenal seperti Alexander Skarsgård, Millie Bobby Brown, Rebecca Hall, Brian Tyree Henry,dan ramai lagi.
Filem ini juga akan ditayangkan dalam bentuk 2D serta 3D pada 22 Mei 2020 diseluruh pawagam seluruh negara.
Sumber: Movieweb
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.