Seorang lelaki di Vietnam sanggup menggali semula kubur isterinya dan memasukkan mayat isteri dalam plaster patung, selain tidur dengan mayat tersebut setiap malam selama 17 tahun.
Le Van, 66, dari Wilayah Quang Nam pernah menjadi perhatian media pada tahun 2009, namun ramai beranggapan ia hanyalah mitos dan cerita yang sengaja direka-reka.
Namun sehingga ke hari ini, Le Van masih berkongsi katil dengan mayat isterinya itu tanpa mempedulikan nasihat ahli keluarga, jiran tetangga termasuk pihak berkuasa.
Isteri Le Van telah meninggal dunia pada tahun 2003 dan sejak dari itu Le Van pernah tidur dikawasan perkuburan selama 22 bulan, sebelum nekad menggali semula pusara isterinya dan membawa pulang mayat isterinya ke rumah.
Menurut Le Van, walaupun beliau berkerusi roda, ia tidak menghalang dirinya untuk menguruskan 'isteri'nya dengan membelikan baju baru dan alat solek.
“Semasa hayatnya, dia tidak pernah memakai baju yang mahal dan cantik. Jadi, saya menunaikan hasratnya sekarang.
“Orang anggap saya gila kerana menguruskan mayat, tetapi saya yakin isteri masih bersama saya.
“Saya akan terus tidur di sisinya sehingga saya mati,” katanya.
Sumber: SDE
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.