Buat pengguna model telefon pintar, iPhone, pasti tidak sabar untuk menantikan setiap keluaran telefon pintar ini dipasaran.
Dipetik daripada laman Twitter Slashleaks, model terbaru Apple iaitu iPhone 11 dan iPhone 11 Max dikatakan akan mempunyai rekaan 3 kamera pada bahagian belakangnya seperti tularnya foto acuan telefon pintar ini.
Acuan telefon yang dikenali dengan nama iPhone XI dan XI Max ini menunjukkan rekaan tiga kamera yang besar pada bahagian belakang, dengan rekaan hadapannya yang tidak jauh beza dengan rekaan iPhone X terdahulu.
Rata-rata peminat telefon pintar ini tidak menyukai rekaan seperti ini dan berharap berlaku perubahan yang besar pada keluaran iPhone seterusnya.
Sumber: Slashleaks
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.