Ditawarkan dengan gaji setinggi RM5,000 hingga RM7,000 dan kelebihan-kelebihan yang lain, seorang wanita mendedahkan satu email tawaran kerja sebagai setiausaha peribadi yang mengejutkan orang ramai.
Mana tidaknya, dalam tawaran tersebut telah dinyatakan bahawa majikan syarikat merupakan seorang yang 'berfikiran terbuka' dan akan menyentuh pekerjanya.
Selain ditawarkan dengan gaji yang cukup lumayan, pekerja untuk posisi berkenaan akan diberikan kereta dan juga elaun penginapan sebanyak RM500.
Pendedahan itu nyata mendapat perhatian berbeza daripada warganet yang rata-ratanya mengecam tindakan syarikat berkenaan sebagai mencabuli hak peribadi pekerja dan tidak beretika.
Sumber: Facebook Che Nithiya
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.