Pekerjaan yang pelik tapi memberi pulangan yang lumayan.
Seorang pelajar di China mendapat gaji lebih daripada RM 6000 sebulan melalui pekerjaan yang tak pernah kita dengar di Malaysia iaitu 'pengopek seafood'. Pekerjaan ni nampak mudah tapi tidak sebenarnya.
"Bunyinya mudah, tetapi kerja ini sangat menjengkelkan. Ia membuatkan tangan anda kotor dan berbau hanyir," kata Nanxin kepada portal South Cina Morning Post."Ada yang datang bersama rakan-rakan ke restoran ini, dan bermain permainan video beramai-ramai. Ada yang sampai tak mahu meletakkan telefon.
"Jadi saya menggaji pekerja untuk melakukan kerja itu supaya pelanggan boleh terus bermain tanpa rasa terganggu," katanya
Sumber: Astro Awani
Dia mendapat idea ini kerana kebanyakkan mereka yang datang ke restoran pasti melekat dengan smartphone masing-masing. Kadang-kadang sampai tak boleh nak makan kerana leka bermain game pada telefon. Jadi, itulah datangnya idea pekerjaan tersebut.
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.