Terdapat banyak cabaran yang dilakukan pengguna media sosial yang mendapat sambutan global, antaranya Keke Challenge, Falling Stars Challenge, What The Fluff Challenge, dan banyak lagi.
Terbaru, pengguna media sosial, khususnya Austria, kini memperkenalkan #KuhKussChallenge, iaitu cabaran mencium lembu. Ia mempunyai tujuan tersendiri, iaitu bagi mengumpulkan dana bagi tujuan kebajikan.
Namun begitu, kerajaan Austria telah memberi amaran kepada pengguna internet untuk mengelakkan daripada melakukan cabaran itu kerana didakwa sebagai ‘gangguan berbahaya’.
“Tindakan seperti itu boleh memberi kesan serius,” kata Menteri Pertanian Austria, Elisabeth Koestinger.
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.