Pasti ramai antara kita yang terjebak dalam siri permainan video PlayerUnkown’s Battlegrounds (PUBG), dan ada juga yang ketagih hingga mengganggu aktiviti seharian.
Begitu juga yang terjadi pada pengantin di New Delhi ini apabila pengantin lelaki dilihat terlalu leka bermain PUBG hingga tidak mengendahkan isterinya yang ketika itu sedang melihatnya.
Dipetik daripada Awani, pengantin berkenaan juga masih lengkap dengan pakaian pengantin dan dipercayai sedang bersanding dimajlis perkahwinan mereka.
Ramai juga yang memberikan komen menyatakan tindakan lelaki itu adalah keterlaluan namun ada juga yang meragui keaslian video berkenaan sambil menyatakan ia hanya sekadar lakonan.
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.