Buat mereka yang sudah menonton filem Frozen 2 yang ditayangkan diseluruh pawagam Malaysia bermula 21 November lalu, pasti anda cukup familiar dengan nama bandar Arendelle.
Dalam filem Frozen, Arendelle merupakan sebuah kerajaan indah yang didiami oleh Elsa dan Anna. Namun ia bukanlah satu bayangan filem animasi semata-mata kerana Arendelle diambil sempena nama bandar di Norway iaitu Arendal.
Arendal terletak di barat daya ibu negara Norway yang membawa maksud lembah helang. Sama seperti dalam filem Frozen, Arendal juga menjalankan aktiviti pembuatan kapal, perdagangan kayu dan perlombongan besi.
Arendal juga pernah menjadi lokasi perlabuhan terbesar di Norway, sama seperti dalam filem Frozen yang digambarkan sebagai bandar perlabuhan terkenal.
Bukan sahaja lokasi yang benar-benar wujud, malah watak Anna dan Elsa juga diilhamkan oleh wanita Norway dan Iceland. For real!
Siapa dah tengok Frozen 2, angkat tangan?
Sumber: Visit Norway
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.