Kerja sekolah adalah salah satu perkara biasa bagi semua pelajar di sekolah dan ia wajar disiapkan sendiri.
Namun seorang pelajar perempuan di Harbin, China, mencetuskan kontroversi apabila beliau telah mencipta robot yang mampu meniru tulisan tangan pemiliknya dan beroperasi tanpa henti.
Zhang, 15, berjaya menyiapkan kerja sekolah dalam tempoh yang amat singkat menyebabkan ibunya merasa curiga apatah lagi ketika itu sedang cuti perayaan Tahun Baru Cina. Ibu Zhang segera memeriksa bilk anaknya itu dan terkejut dan berang apabila menjumpai mesin peniru lengkap dengan bingkai logam dan pen.
Mesin berkenaan dikatakan mampu menyalin nota dari buku teks dan mampu menulis esei dengan tulisan pemiliknya dengan kemas. Zhang dikatakan membeli mesin berkenaan pada sebuah laman web dengan harga 800 yuan, kira-kira RM490 menggunakan wang angpaunya.
Sumber: SCMP
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.