Meskipun tahun 2020 kita tidak dapat melihat kelibat kereta terbang seperti yang kita semua pernah bayangkan suatu ketika dahulu, ia tidak bermaksud kita masih perlu kekalkan sikap dan sifat kita yang buruk seperti membuang sampah merata-rata.
Memetik laporan daripada laman Facebook Alam Flora, pada malam ambang tahun baru, kira-kira 9 tan sampah telah berjaya dikumpulkan, masing-masing 2.5 tan di Bukit Bintang, 4 tan di KLCC dan 2.5 tan di Dataran Merdeka.
Dengan hanya 100 orang petugas pada 10 unit jentera, 9000 kg sampah sarap ini adalah kesan daripada sikap tidak bermoral segelintir masyarakat kita masa kini.
Tambah menyedihkan lagi, pekerja Alam Flora ini terpaksa berkerja lebih 8 jam bagi membersihkan ibu kota ditengah waktu malam, selepas sahaja tamat acara ambang tahun baru 2020.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa kesal dengan sikap seperti ini malah kecewa kerana segelintir masyarakat masih terbawa-bawa mentaliti seperti dahulu pada tahun baru 2020 ini.
Sumber: Facebook Alam Flora
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.